|
Assalamualaikum pembuka bicara. Hari ni dah 1 Zulkaedah. Syawal dah habis tapi masih ada lagi yang beraya. Haha... Minggu lepas saya telah pergi berbengkel di Pan Pacific KLIA. Bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, untuk memasukkan data-data yang telah dikumpul semasa kajian penyalahgunaan dadah pelajar lama IPTA Malaysia. Memang wajib benda ni, setelah tahun lepas UM tidak menghantar sebarang wakil. Pada tarikh yang sama jugak, aku ade jemputan ke majlis-majlis rumah terbuka. Walau bagaimanapun, aku dan untuk menghadiri semua jemputan dan juga menghadiri bengkel yang telah dijadualkan. 3 November 2007 Akhirnya kami masuk ke Kerinchi Link. Ikut laluan lama juga, 'Jalan Taik' gelaran diberi memandangkan ada bau-bauan yang sangat menusuk kalbu di jalan ini. Ikut Jalan Taik ni lagi mudah, sekali jalan sahaja kami telah sampai ke rumah yang dijanjikan. Dah ramai tetamu ketika itu, penuh satu rumah hingga melimpah ruah ke luar rumah. Di sini kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan, spageti tuna, nasi minyak, kuew teaw goreng dan macam-macam lagi. Pukul 4.00 petang aku terpaksa meminta diri memandangkan teksi yang bakal membawa aku dan Mas ke KLIA dan tiba. Perjalanan macam biasa sahaja tetapi sedikit kesesakan sebelum kami memasuki KESAS Highway. Kami tiba di Pan Pacific KLIA pada pukul 5.15 petang. Selepas check-in bilik, kami terus ke bilik seminar di mana taklimat telah pun bermula. Kami masuk sahaja tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah walaupun dah lambat. Selepas sesi taklimat, terus sahaja kami memulakan aktiviti memasukkan data yang telah dikumpulkan. Kami bernasib baik kerana tanpa disangka, HEP telah menghantar seorang wakil untuk membantu kami. So, kami bertiga memasukkan data-data tersebut. Sesi petang ini tamat pada pukul 7.15 malam dan kami telah berjaya memasukkan lebih kurang 30 daripada 134 sampel yang kami ada. Kami terus ke dewan makan. Makanan yang disediakan biasa sahaja, takde yang istimewa. Lebih kurang pukul 7.45 malam, kami naik ke bilik masing-masing. Bilik dia ok sahaja, tetapi first thing yang catched my eye ialah dia punya TV, wow... TV plasma lagi tu!! Pukul 8.30 malam, aku turun balik ke bilik semimar itu untuk sambung semula aktiviti kemasukan data kami sehingga ke pukul 11.00 malam. Selepas itu kami balik ke bilik masing-masing dan aku sambung balik kerja aku di bilik. Ade sikit lagi sampel yang tinggal dan aku nak habiskan malam ni gak supaya esok bole lepak.
4 November 2007 Pukul 8.00 pagi aku turun balik ke bilik seminar. Lepas sarapan, kebanyakkan kami sambung balik tugas-tugas mereka yang masih belum habis. Kami bernasib baik kerana, semua sampel kami telah berjaya di masukkan. So, sepagi kami dalam bilik seminar ni hanya bermain games dan berbual kosong sahaja. Pukul 10.00 pagi ade tea dan selepas itu kami hantar data-data kami kepada pihak kementerian. Pukul 12.00 tengahari kami lunch dan pukul 12.30 tengahari kami check-out. Kami ambil limo di KLIA untuk menuju ke Terminal 3 Subang pasal kami nak ke jemputan rumah terbuka lagi.
Pukul 2.00 petang ahli rombongan sebanyak 4 buah kereta telah berkumpul di Terminal 3 Subang dan kami menuju ke jemputan-jemputan rumah terbuka di TUDM Subang, Subang Permai, Kota Damansara dan Kg Melayu Subang. Ados, kenyang giler aku, rasa macam nak meletup perut boroiku ini. Macam dan tak tertahan-tahan lagi rasanya. Rosak program diet aku!! Huhu... |
| Leave a Comment: |