|
Assalamualaikum pembuka bicara. Kita masih lagi di dalam bulan Syawal yang mulia. Masih ramai lagi yang berhari raya, masih banyak lagi undangan di sini dan sana. Rumah-rumah terbuka perlu dihadiri, kalau tak tuan rumah berkecil hati. Pada hari ahad yang lepas bersamaan dengan 28 Oktober 2007 aku menerima banyak undangan ke rumah-rumah terbuka sahabat sepejabat. Tetapi tahun ni, sahabat-sahabat sepejabat telah berbincang sesama sendiri di mana, mereka-mereka yang tinggal sekawasan akan menganjurkan rumah terbuka pada hari yang sama. Makanya, masa perjalanan para tetamu dapat dikurangkan. Wah... begitu effektif sekali perancangan mereka ini. Dan pada hari ahad yang lepas, sahabat-sahabat yang tinggal di kawasan Cheras telah memulakan tradisi rumah terbuka ini. Seperti perjanjian melayu yang telah dibuat, kami berkumpul di tempat yang dijanjikan pada pukul 11.45 pagi dan perjalanan dimulakan hanya pada pukul 12.30 tengahari memandangkan melayu-melayu ini memang tidak menghargai masa. Destinasi pertama adalah ke rumah Puan Latifah di Taman Cheras Utama. Tak susah mencari kediaman ini memandangkan hampir setiap tahun kami ke kediaman ini. Sesampai sahaja di sana, azan zuhur pun berkumandang dan kami pergilah menyahut seruan itu dahulu di masjid yang betul-betul berada di hadapan kediaman itu. Selesai bersolat, kami pun memulakan aktiviti santapan kami. Tuan rumah telah menyediakan mee bandung, bubur kacang hijau dan bubur nasi (ala-ala bubur mcD). Hidangan yang dikatakan tidak berat memandangkan rumah kedua yang akan menyediakan hidangan yang berat-berat. Dalam pukul 2.30 petang, para tetamu meminta diri untuk ke undangan kedua pula di area Cheras juga tetapi kawasan perumahan yang berlainan. Tak ingat la pulak aper namer taman perumahan ini memandangkan jalanya pun berliku-liku. Kalau tahun depan pergi lagu, sure kesesatan. Dalam pukul 3.00 petang, kami tiba di destinasi yang dijanjikan, iaitu kediaman Puan Mazila, rumah baru lagi. Di sini, tuan rumah telah menghidangkan nasi lemak sambal udang beserta ayam goreng dan satay kajang Hj. Samuri. Wow.. kenyang giler makan, rasa macam nak terkeluar balik pon ada, nasib baik kat rumah orang. Destinasi seterusnya adalah kediaman Puan Norazizah di Balakong. Kami keluar dari kediaman Puan Mazila dalam pukul 4.00 petang dan menuju ke Balakong dengan sekumpulan 10 buah kenderaan pelbagai jenis. Tuan rumah agak panik bila melihat sebanyak 10 buah kenderaan yang hadir, hahah... tetapi tuan rumah berjaya melayan tetamu-tetamu nya pada hari itu. Di rumah ini hanyak mee goreng disediakan, tapi aku tak makan pun memandangkan perut telah kekenyangan. Tanpa diduga, kami telah dijemput ke sebuah rumah lagi di kejiranan yang sama iaitu rumah abang kepada Puan Latifah (yg rumah pertama tadi). Adus... tak larat rasanya nak pergi lagi memandangkan aku telah ada perjanjian lain dengan seorangs sahabat. Tetapi Puan Latifah begitu beriya-iya mengajak semua yang ada untuk ke rumah abangnya. Akhirnya, kami pergi juga memandangkan rumah abang beliau juga menganjurkan rumah terbuka. Walaupun telah kekenyangan, aku masih mampu melantak semangkok mee rebus. Teringin jugak nak pekena nasi beringin, tapi, keadaan perut tidak mengizinkan. Kami meninggalkan rumah tersebut lebih kurang pukul 6.30 petang. Aku masih ada sebuah rumah lagi yang perlu dikunjungi tatkala sahabat-sahabat yang lain telah hilang dengan haluan masing-masing. Rumah terakhir adalah rumah Kak Juku, seorang kawan aku di Alam Damai. Tengahari tadi aku dah SMS Kak Juku mengatakan aku telah berada di Cheras walaupun aku masih berada di Selayang, dan pukul 7.00 tatkala azan maghrib sedang dilaungkan, aku sampai di kediaman beliau yang tersergam indah itu. Tak susah nak cari rumah dia, walaupon ni le first time aku sampai ke rumah beliau. Aku masuk ke rumahnya dengan malu-malu memandangkan pakcik beliau juga datang pada masa yang sama.. hahah.. Kak Juku hanya menyediakan mee goreng (sib baek - klu tak mau meletop perot aku), dan kami makan ala kadar sahaja untuk menjaga hati tuan rumah. Kalau tengah lapar masa tu, mau habis mee goreng dia.. pasai sedap... haha.. Aku meminta diri dalam pukul 7.30 malam memandangkan driver aku dah flat... Wow.. banyak betul makan hari tu.. sampai tak sedari diri. Rosak program diet aku, tapi, kalau tak pergi, rugi plak.... Minggu ni pon ade jemputan lagi. hari sabtu ke Taman Medan dan hari ahad ke rumah-rumah sahabat di area Subang. Mau meletop lagi perot aku.... |
| Leave a Comment: |