Entry: PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) Wednesday, October 24, 2007



Assalamualaikum pembuka bicara. Kita masih lagi di dalam bulan syawal yang mulia. Masih ramai lagi di luar sana yang beraya sampai tak sedar diri. Tradisi rakyat Malaysia, raya kan sebulan, walaupun puasa tak cukup sebulan.

Esok aku akan menduduki peperiksaan PTK. Sebut jer PTK, seantero warga perkhidmatan awam akan tau. Dari setinggi-tinggi gred 54 dan JUSA A, B dan C dan serendah-rendah Gred 1 akan tau. Tak payah le cerita dengan lebih detail pada mereka. Kepada mereka yang tak tau, senang kata, PTK ni adalah sejenis peperiksaan yang akan melabelkan kita a.k.a warga perkhidmatan awam samada layak untuk dinaikkan pangkat atau menerima anjakan gaji atau kedua-duanya sekali. Tu bahagian yg bestlah. Bahagian yang tak berapa best, kene duduk exam. Dah tua-tua pon lagi mau kene duduk exam ala-ala macam nak amik SPM gitu. Kene duduk 2 paper lagi, satu paper UMUM dan satu lagi paper KHUSUS. Gred plak terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian 1 - consider fail lah ni, klu SPM zaman aku dulu dapat F9, zaman sekarang tak tau lah. Pastu, Bahagian 2 - ni boleh cakap macam cukup-cukup makan jer, paras-paras idung. Then, Bahagian 3 - ni consider lulus, boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat tetapi tidah layak untuk anjakan gaji (klu tak silap). Then Bahagian 4 - lulus dengan cemerlang lah ni, boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat atau menerima anjakan gaji atau kedua-duanya sekali. Ops... stop cite pasal PTK...

Esok aku akan duduk untuk PTK Khusus untuk jawatan Gred N27. Paper UMUM aku dah amik dah tahun lepas dengan jayanya dan memperolehi Bahagian 4 (diingatkan sekali lagi, Bahagian 4 - lulus dengan cemerlang), tetapi untuk paper KHUSUS, aku dapat Bahagian 3 jer.. tak layak untuk dipertimbangkan anjakan gaji.. itu actually yang ku mahu. So.. esok nak cube nasib sekali lagi untuk paper KHUSUS ni. Harap-harap dapat Bahagian 4. Hahaha...

Sebenarnya.. aku tak prepare aper pon untuk exam ni walaupun dah dapat surat layak menduduki peperiksaan ni kira-kira 2-3 bulan lepas. Lagi best, aku tak ingat pun exam ni esok, baru hari ahad lepas teringat dan baru hari ni perasan yang esok 25 Oktober. Haha.. pegi bawak badan je ler. camner nak dapat Bahagian 4 kalau camni?

Aper-aper pon, WISH ME LUCK

   1 comments

Kakakmu
October 26, 2007   06:34 AM PDT
 
GOOD LUCK GOOD LUCK GOOD LUCK.... ayo camner ngan akak ni nanti hah... mau pitam woo nak amik exam tu.. akunyer lagi susah kot... dengar2nyer camtu la... dahla tak ambik dah baper tahun dah ni... ayooooooo ayoooooo....kalau tak lulus malu wooooo!!!!kadawaleeeeee

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments