Entry: AIDILFITRI 2007 Tuesday, October 16, 2007



Assalamualaikum pembuka bicara. Sekali lagi entry dimulai dengan salam sempena bulan Syawal yang mulia ini. Hari ini dah masuk kari keempat kita di bulan Syawal. Masih ada lagi mereka diluar sana yang masih sakan berhari raya. Al maklumlah, raya di Malaysia ni sebulan. Kalau kat tempat-tempat lain, sehari saja. Kali ni nak bercerita tentang hari raya tahun ini.

Pagi raya pergi ke surau berhampiran untuk solat sunat aidilfitri dengan mengenakan baju melayu baru berwarna kuning air, dibeli di wisma yakin dengan harga RM90 selepas diskaun. Dah lama tak pakai baju melayu baru, asik recycle baju2 melayu yang dulu2 jer. Surau penuh dengan umat yang ingin bersolat, sampai melimpah ruah ke jalan raya berhampiran. Wow... masih ramai gak orang2 kampung ni. Tak tau ler pukul berapa solat bermula pasal aku lupa nak pakai jam dan aku solat diluar sahaja. Dalam pukul 10 pagi aku dah pun sampai di rumah semula. Kemudian kami sekeluarga bersarapan bersama.

Yang datang beraya hanya budak2 jer. Ntah anak saper ntah aku pon tak kenal. Dah name pon hari raya, diaorang nak kumpul duit raya je. Haha... Dalam kol 12, member aku datang dan dalam kol 2 ade lagi sorang datang. Then kami bertiga pergi ke rumah baru member yang sorang ni di Selayang Mulia. Kat sini kami makan laksa, memang tiap2 tahun member ni akan buat laksa untuk hari raya. Pastu kami bertiga decided untuk jalan2 kat KL dan tempat yang kami tuju, Sungei Wang Plaza. Takde wat aper pon , just masuk CC dan main games, then sebelum balik, kami makan dulu.

Macam tu le beraya di KL. Orang kunjung mengunjungi rumah saudara mara sahabat handai jiran tetangga, ni tak, saling kunjung mengunjungi shopping complex. Haha..

   4 comments

Kakak Mu
October 19, 2007   09:41 PM PDT
 
IYERRRRRR... Bagus la... ko tu pun bukan makin muda... kah kah kah. Selamat, selamat, selamat!!!!
Tuan Punya Blog
October 18, 2007   06:16 PM PDT
 
dah jumpe dah.... ahakszz.
Kakak Mu
October 16, 2007   08:57 PM PDT
 
ko memang... bukan tahun ni je ko beraya sambil merayap.. tahun2 dulu2 pun camtu gak... aweks tak jumpa2 pun. Jeles punya pasal... akak pun dah update gambo raya kita org kat my fotopages.. gi la melawat2 sambil mengomen-ngomen muhahahahaha!
lisalopes
October 16, 2007   06:22 PM PDT
 
Somehow.. dapat beraya gak per..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments