<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


PERHATIAN PENGUNJUNG
Disebabkan ruangan Comment saya tidak berfungsi, sesiapa yang ingin meninggalkan dunia sebarang komen membina atau komen tidak membina, sila gunakan perkhidmatan permalink

Sekian, terima kasih



Time : Malaysia

About Me

Name:
afeezz

Location:
Selayang Bharu, Selangor
Malaysia

My Link


My Own
My Pictures
My Friendster
My Videos

My Family and Friends
shumagorath
qasieh
elisataufik
layd_lurv
myselayang
en azrie
iXa
dib9497

Photo Blog
hannyz
marziah
julia
en azrie

My Life


2007
09.01.2007
Mesyuarat Kakitangan

12.01.2007
Cuti Rehat

18.01.2007
Perbincangan ALMS

26.01.2007
Taklimat Penghayatan SPK

27.02.2007
Mesy. Kakitangan

12 - 13.03.2007
Cuti2 Malaysia - Genting
27 - 28.03.2007
Kursus Penyelenggaraan Perkakasan Komputer, Kampus Kota
31.03 - 01.04.2007
Karnival Sukan Air UM 2007
05.04.2007
Mesyuarat Kakitangan
20 - 22.04.2007
Kursus Pengawal Dokumen Kualiti, Hotel Renaissance, Melaka

24 - 25.04.2007
Kursus Kepimpinan & Penyeliaan, Hotel Singgahsana, PJ
08.05.2007
Taklimat Kursus Keutuhan Diri & Kerja Berpasukan
10.05.2007
Taklimat Kebakaran & Kecemasan
12 - 13.05.2007
Kursus Keutuhan Diri & Kerja Berpasukan, Selesa Resort, Bukit Tinggi Pahang
25.05.2007
Taklimat Penghayatan SPK, Audi. AEI
28.05.2007
Kutipan Dokumen Haluansiswa Pusat Asasi Sains
30.05.2007
Mesyuarat AJK Kualiti PTj
11.06.2007
Mesyuarat Kakitangan
13.06.2007
Taklimat Kepada Pembantu Mahasiswa
13.06.2007
Taklimat Kepada Pembantu Mahasiswa
20.06.2007
Taklimat Haluansiswa
25.06.2007
Majlis Pembukaan Audit Dalaman
25.06 - 02.07.2007
Audit Dalaman
01.07.2007
Stand-by Haluansiswa
02.07.2007
Kutipan Dokumen Haluansiswa UM 2007
02.07.2007
Majlis Penutupan Audit Dalaman
12.07.2007
Mesyuarat Kakitangan
28.07.2007
Makan Malam KKAUM
30.07.2007
Jemputan Majlis Hari Jadi
31.07.2007
Jemputan Majlis Perpisahan
16.08.2007
Mesyuarat Kakitangan
23.08.2007
Kursus Pengurusan Fail & Rekod
10.09.2007
Taklimat KPI Individu
13.09.2007
Mesyuarat KPI HEPA
21.09.2007
Mesy. Pengurus Kualiti Bersama Wakil Pengurusan
25.09.2007
Mesy. KPI Jabatan
24.10.2007
Mesyuarat Kakitangan
25.10.2005
Peperiksaan Tahap Kecekapan
3 - 4.11.2007
Seminar Pengumpulan Data Kajian Dadah IPTA
20.11.2007
Mesy. JK Kualiti KKP
21.11.2007
Taklimat & Amali Modul On-line Penilaian Prestasi
29.11.2007
Sesi Taklimat Perlaksanaan Prog. Kesedaran Asma

2006
10.04.2006 - Taking leave
11.04.2006 - Public Holiday (Maulidur Rasul)
28.04.2006 - Taklimat SPK
01.05.2006 - Public Holiday (Labour Day)
02.05.2006 -
04.05.2006 - Kursus Bahasa Inggeris, Port Dickson
09.05.2006 - Mesyuarat Kakitangan
10.05.2006 -
11.05.2006 - Kursus Bimbingan PTK, Kampus Kota
12.05.2006 - Public Holiday (Wesak Day)
13.05.2006 -
14.05.2006 - Bengkel Pembangunan Diri, Morib
19.05.2006 - Mesy. Wakil ICT
23.05.2006 - Event aper tah kat DTC
24.05.2006 - Medical Talk (Free Lunch)
26.05.2006 - event aper tah kat LAW
26.05.2006 - Taklimat SPK
05.06.2006 - Kutipan Dokumen PASUM
09.06.2006 -
11.06.2006 - Bengkel 'Key Performance Index, Cherating
12.06.2006 -
19.06.2006 - Audit Dalam UM
26.06.2006 - Taklimat kepada PM Haluansiswa 2006
27.06.2006 - Taklimat kepada PM Haluansiswa 2006
03.07.2006 - Kutipan Dokumen Haluansiswa
17.07.2006 - Mesy. Penambahbaikan Laman Web
28.07.2006 - Mesy. Wakil ICT
28.07.2006 -
30.07.2006 - Kem Ramah Mesra & Pembangunan Diri, Pengkalan Balak
01.08.2006 - Majlis Pembukaan Penjaminan Kualiti IPTA
03.08.2006 - Majlis Penutup Penjaminan Kualiti IPTA
25.08.2006 - Taklimat SPK
07.09.2006 - Jamuan Makan Tengahari
12.09.2006 - PTK Exam
14.09.2006 - Mesy. Kakitangan
22.09.2006 - Taklimat SPK
26.09.2006 -
27.09.2006 - Bengkel Penilaian Prestasi Tahunan
06.10.2006 - Mesy. Wakil ICT
16.10.2006 -
17.10.2006 - Kursus Penyelenggaraan & Keselamatan ICT
19.10.2006 - Mesy. Kakitangan
23.10.2006 - Kerajaan kasi cuti
26.10.2006 -
27.10.2006 - Cuti hari Raya Aidilfitri
08.11.2006 - Mesy. Laman Web
17.11.2006 - Mesy. Laman Web
17.11.2006 - Mesy. Pengurusan
21.10.2006 - Taklimat ALMS
27.10.2006 - Kursus MS Visio
01.12.2006 - Taklimat Penghayatan SPK
08.12.2006 - Taklimat Khas Persediaan Audit Sirim
15.12.2006 - Mesy. Wakil ICT
18.12.2006 -
19.12.2006 - Audit Pemantauan Sirim
21.12.2006 - Taklimat ALMS
25.12.2006 - Cuti Krismas
26.12.2006 -
30.12.2006 - Cuti
31.12.2006 - Hari Raya Aidiladha
01.01.2007 - Tahun Baru

Listen To This

Free Music

The Visitors



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Monday, September 17, 2007
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2007 / 1428

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam di Malaysia. Alhamdullilah, dah empat hari kite berpuasa, Insyaallah, esok kita akan berpuasa untuk hari yang ke lima. Syukur kita dapat berpuasa dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

Hari pertama saya puasa,

5.00 pagi : Bangun untuk bersahur
5.30 pagi : On komputer, main kuiz
6.45 pagi : Solat subuh
7.00 pagi : Bersiap untuk pegi kerja
8.00 pagi : Dah sampai opis, bulan puasa ni masuk keje pukul 8.00 pagi
8.30 pagi : Call for meeting tergempar
10.00 pagi : Kene mewakili boss ke mesyuarat berkaitan KPI
11.30 pagi : Meeting habis, call driver suruh amik, tapi terpaksa follow pergi ke isolation house dekat kolej 9
1.30 petang : Lunch break
2.00 petang : Masuk kerja balik
3.30 petang : Pergi kantin untuk beli juadah berbuka puasa. Beli kuih muih jer
4.30 petang : Balik !!!
5.15 petang : Sampai rumah. Terlelap
6.00 petang : Bangkit, mandi, dan solat asar
7.15 petang : Berbuka !!!
8.00 malam : Maghrib. Tengok TV. Tak pi terawikh.. ahaks..
12.00 malam : Tido, pasai esok nak kene bangun awal

thecharmedone : semoga bulan ramadhan ini membawa kerahmatan kepada kita semua


Posted at Monday, September 17, 2007 by thecharmedone
Comment (1)  

 
Tuesday, August 28, 2007
SEMALAM DI GENTING

Semalam naik ke Genting, sajer nak jenjalan dan berehat. Amik cuti dua hari, isnin dan selasa. Pi saner dengan saper, jangan ditanya, nanti ade hati-hati yang benci dan rela membunuh diri. Berat ni... Takleh cite banyak pasal ni, kelak memburukkan diri sendiri.

Anyway, kami janji nak tunggu di KL Sentral pukul 8.30 pagi, tapi si dia sampai pukul 9.30 pagi. Naik berjanggut aku tunggu dia, nasib baik dia ade messege, kalau tak, dah lama aku balik. Tapi pagi tu memang jem gila babas, sebab ade raptai penuh hari kemerdekaan kat Dataran Merdeka. Malangnya, bile kami ke kaunter tiket, telah dimaklumkan bahawa next bus pukul 12.00 tengahari... alahai... lambat nya. Then kakak kaunter itu mencadangkan kami naik saje di Gombak, sebab kat saner tak ramai orang dan mungkin bole dapat bas kol 10.30 atau kol 11.00. Pastu kami terus bergegas menaiki Putra ke Terminal Putra di Gombak itu. Sampai saner, terus beli tiket dan dapatlah bas pukul 11.00 pagi. Masa tu baru pukul 10.30 pagi dan bas pukul 10.30 tu masih belum bergerak. Cepat-cepat aku pergi ke bas itu maner le tau, kalau boleh naik. Malangnya, driver tu dah tutup pintu. Kami pun duduklah di bangku yang telah disediakan. Then secara tiba-tiba, pintu bas dibuka dan di driver keluar dan bertanya samada kami nak naik ke tak. Wah... nasib baik, kami pn terus naik. Terima kasih abg driver.


Sejambak bunga untuk Abg Driver

Perjalanan dari sini lebih kurang setengah jam jer. Lebih kurang pukul 11 lebih sikit kami dah sampai di Stesen Skyway Genting. Tak ramai orang kat sini, mungkin disebabkan hari ni Isnin. Sampai di atas, kami terus menuju ke First World Plaza. Memang niat kami nak ke First World Plaza jer. Walaupun dah beberapa kali aku ke sane, namun masih juga sesat, pusing punya pusing, last-last sampai ke stesen skyway balik.. dem.. hahah.. But, macam yang kiteorang cakap, sesat sesat pun kami masih lagi di Genting, tak ke maner pun.

Then bila sampai di tempat yang dituju, kami mencari information counter, nak tanya pasal tiket yang kami dah beli untuk tukar ke makan tengahari. setelah jumpa apa yang dicari dan terjawab semua persoalan, kami pun menuju ke Resort Hotel untuk makan tengahari memandangkan dari pagi tadi aku tak makan. Makanan kat sini memang mewah, semuanya aku rasa dan kami duduk sini sampai pukul 1.30 petang.


Apa nama bunga ini? Saya pun tak tahu

Then kami menuju semula ke First World Plaza untuk ke Snoworld. Memang niat nak masuk Snoworld ni, memandanglan dua2 tak penah masuk. Tapi kami dapat tiket masuk pukul 2.30 petang. Ada time pulak masuk, ingatkan bole main masuk jer. Sementara menunggu time, kami pun jalan-jalan sekitar plaza tu. Takde aper yg menarik, ade sale jugak kat atas ni rupenyer. Kol 2.30, kami masuk ke Snoworld tu. Mak oii... sejuk giler. Mane tak nyer, suhu -3. Rasanya macam masuk peti ais bahagian sejuk beku tu. Menggigil la jugak tangan. Ni le first experience main snow, maklumlah, tak penah pi oversea. Pi oversea pun asik pi Siam jer.. hahah. Lepak dalam tu dalam 40 minit dan bile keluar, cepat-cepat cari toilet...

Lepas tu, ingatkan nak dok luar, tengok2 hujan pulak. So kami pun windows je le dalam tuh. Dalam windows tu, terbeli la jugak baju selai. Haha... Then pasal borng nyer pasal, kami keluar jugak, walaupun hujan masih renyai.


Little angle playing a sad song in the rain


Kabus semalam - xpdc

Cuaca petang tu tak berapa elok, dah ler hujan, kabus tebal plak tu. Tengok jer le gambar di atas ni. Nak posing2 ghairah pun tak dapat. Anyway, we had fun that day. Pukul 5.30 petang kami berjalan menuju ke skyway stesen memandangkan tiket bas kami pukul 6.30 petang.

Tak ramai orang yg turun mase tu, so senang le nak turun. Sampai stesen bas dalam pukul 6.00, just nice. Duduk jap, pastu ade bas datang. Kiteorang agak bas pukul 6.00, tapi kami tetap mengendeng, maner le tau dapat naik awal. Aku tanyer driver tu, tapi dia wat derk pulak, aku tunjuk tiket bas aku, then ada sorang nyonya tu kata, "eh.. ini u punya bas la, 6.15, naik.. naik...". Eh... tiket aku 6.15 ker?? Ingatkan 6.30. Haha.. mati-mati kiteorang ingat bas pukul 6.30, nasib baik tak ketinggalan...

thecharmedone : terima kasih kepada nyonya itu, kalau tak korang tak balik lah


Posted at Tuesday, August 28, 2007 by thecharmedone
Make A Comment  

 
Saturday, August 25, 2007
GILA KUASA

Sejak-sejak boss dengan sister nak pencen ni, dah ada tanda-tanda orang gila kuasa. Ape tak nyer, sister belum pencen lagi, sorang nurse ni dah sibuk mengalahkan dia dah jadi sister besar. Nampak gaya pon dah tau, sibuk dia ke sana dan ke sini menguruskan itu dan ini. Tah saper plak yang melantik dia, macam iye-iye jer dia boleh dapat position tu. Then siap buat statement, 'kalau i jadi sister, i nak take over bilik kompektus ngan driver'.

Hoh... sesedap rasa mak bapak dia jer nak take over orang punye area. Hallo.. anda tu nurse jer.. yg sibuk-sibuk nak jaga bahagian pentadbiran tu aper kuasa? Jaga nurse-nurse tu dulu, rasanya nurse-nurse tu lagi banyak problem, lagi banyak bende yg ko kene uruskan. Jangan sibuk-sibuk nak take over ape-ape.

Dari apa yang aku dengar dari mulut orang yang terlibat, mereka tak nak kalau nurse gila kuasa itu take over mereka. Dah tau dah aper sebabnya, and better not to be mentioned. Apa-apa pun that still a long way to be done. No need to worry. when the time come, we will fight.

Acutally aku dengar cerita ni dari mulut orang lain, not one person but quite a number jugaklah. So, the story is true. She is lucky sebab dia tak cakap depan aku, but i guess, she dun have a gut to speak that to me, mau meletup opis nanti.

Tapi aku terpikir, kenapa dia nak wat camtu? Apa motif dia agaknya? Maybe she doesn't know that, under her responsibility, the will be 6 nurses, 1 assistant nurse and 3 attendents and there will be another 3 attendents to be appointed. Dan dia nak tambah masalah dia dengan 3 orang staf pentadbiran.. hahah.. cari nahas namanya tu..

Ha.. biarkan lah...

thecharmedone : with great power, comes great responsibility - Uncle Ben (Spiderman)

Hari khamis yang lepas aku telah menghadiri satu kursus. Kursus biasa-biasa jer, tak menarik pun. Ada tiga orang yang apply untuk kursus ni di opis aku dan sebenarnya aku tak nak pergi. Tapi ada sorang kakak ni beriya-iya mengajak aku, so aku pon apply ler dan as a result, aku sorang jer yang dapat. Kakak yang ajak aku pi tu pn tak dapat. Hahaha... sian dia...

Masa hari kursus pulak, aku tengok dari 30 orang peserta, hanya 6 orang ajer lelaki. Hoh... ke mana perginya kaum lelaki kat UM ni?? Dah le student yang masuk ke IPT ni dianggarkan 60:40, 60 pompuan dan 40 laki. Semakin pupus rupanya kaum lelaki ni, tak pon kebanyakkan lelaki sekarang ni dah malas bekerja. Dah la malas belajar, kerja pun malas, aper nak jadi ni? Hahah...

Tak boleh nak cakap lah, kat maner-maner kita pergi pon sekarang ni, kaum pompuan lebih banyak dari lelaki. Hatta kat opis aku pon pompuan lebih ramai dari lelaki, 20 pompuan, 8 lelaki... hahaha

thecharmedone : dunia dah sampai ke akhir zaman kot...


Posted at Saturday, August 25, 2007 by thecharmedone
Make A Comment  

 
Thursday, August 16, 2007
AKIBAT SIBUK NAK MENYIBUK

Semalam aku sampai ke opis awal, actually takde le awal, dalam kol 8.20 pagi gitu. Memang time aku sampai cam tu, antara 8.20 - 8.30 pagi. Kalau terjem plak pagi2 itu, terlambat le sikit. But semalam, sesampai jer kat opis, ade orang tengah bergaduh kat meja aku. Bukan gaduh aper pon, cume ade sorang staf ni tengah mengadu kepada sorang staf yang lain pasal sorang staf yang taknak beri kerjasama semasa bertugas pada hari sebelumnya. Oleh kerana perbualan mereka agak kuat dan kedua2 orang staf itu memang terkenal dengan kelangsingan suara masing2, maka, agak kecoh lah meja aku pagi itu.

Keadaan ini telah menarik aku terus ke meja aku untuk mendengar perbualan mereka sambil2 aku cube menyibuk dan menyampok. Mereka terus dengan perbualan mereka dan aku pulak sibuk mendengar, bak kata orang, mengumpat tu kan best... Perbualan mereka berterusan dan aku pula terus onkan komputer dan memakai stokin dan kasut (semalam hujan, so balik pakai sandal jer).

Akhirnya perbualan mereka tamat, aku terus capai sikat dan terus ke tandas untuk touch-up serba sedikit, rutin aku tiap2 pagi lepas sampai opis. Then aku balik semua le ke meja aku, sebelum tu aku ternampak sorang staf baru saja sampai dan tengah clock in. Aku terus menyapa..

Aku : Ah... Che We ni, baru nak clock in, hari2 lambat, ape le nak jadi. (walau pon baru hari ni aku nampak dia lewat)
Che We : Eh.. baru hari ni aku lewat tau, Kau tu yg selalu lambat.

Selepas itu aku bertanya pada diri aku sendiri, "eh.. saya dah clock in ke belum?"

Cis... rupa2nya aku terlupa nak clock in pagi ni. Terlewat aku pagi ni, 8.40 pagi baru clock in. Rosak rekod aku bulan ni, ingatkan tak nak kasi ade lewat, rupa2nya terada pulak.. cis..cis..cis.. Reason for being late : terlupa nak clock in

Tu le akibatnya, sibuk nak menyibuk...

thecharmedone : ha.. ha.. ha..


Posted at Thursday, August 16, 2007 by thecharmedone
Make A Comment  

 
Tuesday, August 14, 2007
LAYOUT TERBARU

Mempersembahkan... layout terbaru ku. Tukar setelah bosan dengan layout yang lama, kusam dan gelap sahaja dengan gambar lelaki botak yang macam Ami James dalam rancangan Miami Inks di Channel 11 Astro. Ntah kenapa le pulak aku letak gambar tu pon aku tak pasti..

Layout terbaru ini bukan ciptaan aku. Aku tak pandai nak mencipta benda-benda dengan komputer ni. Ni layout free sumbangan blogdrive. Aku suka gambar-gambar permandangan, pokok-pokok, bunga-bunga. Sampai ada sorang kawan aku gelar aku 'mesra alam'. What the hell... biaq pi lah.. alam sekitar kita perlu dijaga. Bumi ada satu jer, kalau bumi ni musnah, kat maner kite nak tinggal? Kat bulan?... Sanggup kah kite pakai space suit setiap kali kite nak keluar rumah, hatta nak pi buang sampah kat depan rumah sekali pun. Tak pun kite tinggal di Marikh? Same thing happen.. kene pakai space suit sentiasa, suhu kat saner plak tak tau le camner. Tapi mampukah bulan dan marikh menampung populasi penduduk bumi?

Aku dah mula mengarut....

thecharmedone : save the earth !!


Posted at Tuesday, August 14, 2007 by thecharmedone
Make A Comment  

 
Saturday, August 04, 2007
MAJLIS MAKAN MALAM

Minggu lepas aku telah pergi ke satu majlis makan malam anjuran Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya yang diadakan di Hotel Legend Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama aku pergi ke majlis seumpamanya. Entah kenaper ntah, tetibe tahun ni nak pegi pulak.

Aku sampai ditempat yang dijanjikan pada pukul 6 petang kerana menumpang kereta seorang teman sepejabat. Katanya, kene pergi awal sebab nak pilih meja yang paling best dan strategik dalam dewan nanti. Sementera kami menunggu pukul 7 petang untuk pendaftaran, kami telah berjalan-jalan di sekitar The Mall. Dah lama kiranya aku tak ke The Mall ini. Masa zaman-zaman persekolahan dulu, selalu jugak aku pergi dan melepak di The Mall ini. Dulu ada theme park kat top level The Mall ni, tapi masa aku pergi minggu lepas, theme park itu telah pun ditutup. Selalu jugak aku naik kapal dan metahorn di theme park ini, rindu rasanya nak naik lagi. Cume kene bayar 3 token jer, 3 token same dengan RM3.

Then, dalam pukul 7, kami pergi lah ke Grand Ballroom, The Legend Hotel ini yang terletak di 9th floor. Setelah mendaftar diri, kami masuk ke dewan dan telah memilih meja bernombor 42. Tak ramai lagi orang masa ini, ade dalam 10 orang sahaja dan selebihnya pihak penganjur yang sedang melalak berkaraoke tanpa menghormati waktu maghrib.

Majlis makan malam bermula pukul 9.00 malam walaupun mengikut jadual asalnya pada pukul 8.30 malam. Dah memang dasar orang Malaysia ni tak menepati masa dan orang-orang VIP (Valued Idiotic Person) pun datang lambat. Dah dekat pukul 9.00 malam baru nak tiba si VIP ni. Tensi betul aku. Makan malam dia takde le best sangat, chinese style agak nyer. Semuanya ada 8 course. Artis jemputan malam ni adalah Ali Mamak. Kelakar tapi persembahan dibuat masa orang tengah makan, so takde le dapat tumpu perhatian sangat.

Semasa majlis ni, dua perkara menarik perhatian aku,

  1. Kebanyakan staf Legend malam tu adalah orang India, Pakistan, Bangla dan seumpama dengannya.
  2. Ade le tiga empat orang tetamu yang entah dari kampung solok hutan maner datangnya, tak penah hadir majlis agaknya, datang dengan pakai t-shirt jer.Bengong!!

Anyway, aku tak menang apa-apa cabutan bertuah malam tu yang menawarkan grand prize TV Flat Screen 29 inci. Cis... Majlis malam itu tamat pada pukul 11.30 pagi.

thecharmedone : tak ingat bile last dinner kat hotel.

 


Posted at Saturday, August 04, 2007 by thecharmedone
Comments (2)  

 
Sunday, July 22, 2007
KEPADA PUAN HANNYZZURA - Part 2

Dah lama sebenarnya berjanji nak buat entry ni untuk cik puan kita ni. Memandangkan aku adalah seorang melayu dan berpegang teguh kepada janji-janji melayu, maka berlaku kelewatan dalam membuat entry ini khas untuk cik puan kita. Tapi disebabkan barangan tersebut bukan milik aku, juga menyumbang kepada kelewatan entry ini. Apa-apa pun, kepada cik puan kita, enjoy the pictures.

   
 
   

Sekian, terima kasih.

thecharmedone : macam barang-barang untuk kawen jer??


Posted at Sunday, July 22, 2007 by thecharmedone
Comments (10)  

 
Tuesday, July 17, 2007
MARI MENONTON WAYANG

Sudah tengok filem di atas? Kalau belum, cepat-cepatlah ke panggung-panggung wayang berdekatan anda untuk menyaksikan filem tersebut.

Aku berikan filem ini empat setengah bintang dari lima bintang yang diperuntukkan. Filem ini bagi aku lebih best dari filem-filem sebelumnya. Bahagian terakhir filem ini yang paling best di mana Professor Dumbledore telah berlawan dengan Lord Voldermolt. Setelah empat filem sebelum ini, ini adalah kali pertama kita dapat melihat kehebatan Professor Dumbledore menggunakan kuasa nya. Dah lama aku tunggu nak tengok kuasa Dumbledore.

Pada sesiapa yang belum menonton filem ini, pergilah tengok dan nantikanlah babak terakhir filem ini. Takleh cerita banyak-banyak, nanti tak stim... hahah..

thecharmedone : kalau tak mampu beli tiket wayang, beli jer cd cetak rompak, RM5 jer di pasar-pasar malam berdekatan anda. Bagi saya, rasanya kalau tengok kat wayang tu lebih best, klu nak tgk kali kedua, baru beli cd pirate..


Posted at Tuesday, July 17, 2007 by thecharmedone
Comments (4)  

 
Wednesday, July 11, 2007
PETUA

Hari ahad lepas aku telah pergi ke sebuah bengkel membaiki motorsikal untuk menggantikan beberapa spare part motorsikal aku. Cuaca ketika itu hujan renyai-renyai dan tuan punya bengkel itu telah memberitahu aku, kalau time hujan-hujan macam ni mesti banyak motorsikal yang pancit. Kemuadian, tuan punya bengkel itu terus bercakap mengenai fizik tentang perkara ini. Katanya disebabkan hari panas dan kemudian hujan, tiub tayar motor mengalami kadar pengembangan dan penguncupan yang drastik dan boleh menyebabkan berlaku kebocoran disebabkan perkara itu. Aku kurang pasti pulak mengenai fizik tiub tayar motorsikal itu, tapi yang pasti, sepanjang aku berada di bengkel itu, hampir 10 buah motorsikal telah pancit dan kebanyakkannya tayar di bahagian hadapan. Pada fikiran aku, mungkin betul jugak fakta fizik tuan punya bengkel itu, atau itu hanya berpandukan pengalaman beliau.

Sedang aku memerhatikan tuan punya bengkel mengganti spare part motorsikal aku, seorang brother yang datang untuk menggantikan tiub tayar motorsikalnya, telah bertanya soalan cepumas kepada aku dan seorang pekerja sukarelawan bengkel.

Brother : Kalau tayar motor pancit kat tengah-tengah highway, apa boleh kita buat?
Aku :
Tolak je ler... (sambut aku acuh tak acuh)
Brother :
Nak tolak sampai ke maner, highway tuh...
Aku : Abis tu nak wat per
Brother :
Kan kat tepi highway tu banyak rumput, ko sumbat jer rumput tu kat dalam tayar. Sumbat sampai padat..
Aku :
Haaa ??? Penah buat ker?
Brother : Penah.. kat highway Seremban. Aku sumbat rumput banyak-banyak.
Aku :
Sempat sampai kedai ler.
Brother :
Sempat... tauke siap geleng kepala bile nampak rumput penuh dalam tayar tu.
Aku :
Hahaha
Brother :
Ok per, sekurang-kurangnya tayar ngan rim tak rosak kalau naik. sempat la jugak nak cari kedai...
Aku : Betul jugak tuh ..

Kemudian, motorsikal brother tu telah siap dan brother tu terus berlalu. Sebentar kemudian motorsikal aku pulak siap. Aku berfikir, ade betul jugak cakap brother tu. Dalam keadaan darurat, tak kira ler, kalau nak menolak, mau kurus aku dibuatnya.

thecharmedone : sesuai dilakukan dalam keadaan darurat, tapi peralatan nak bukak tayar kene ade jugak, kalau tak, camner nak sumbat rumput itu..


Posted at Wednesday, July 11, 2007 by thecharmedone
Comments (3)  

 
Wednesday, June 27, 2007
KEPADA BONDAKU TERSAYANG

   
    
    
 

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
MOMMY

May the days to come be the best day in your life
We Love You

 

thecharmedone : count the candles above, but minus two to know mommy's age


Posted at Wednesday, June 27, 2007 by thecharmedone
Comments (4)  

Previous Page Next Page