<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


PERHATIAN PENGUNJUNG
Disebabkan ruangan Comment saya tidak berfungsi, sesiapa yang ingin meninggalkan dunia sebarang komen membina atau komen tidak membina, sila gunakan perkhidmatan permalink

Sekian, terima kasih



Time : Malaysia

About Me

Name:
afeezz

Location:
Selayang Bharu, Selangor
Malaysia

My Link


My Own
My Pictures
My Friendster
My Videos

My Family and Friends
shumagorath
qasieh
elisataufik
layd_lurv
myselayang
en azrie
iXa
dib9497

Photo Blog
hannyz
marziah
julia
en azrie

My Life


2007
09.01.2007
Mesyuarat Kakitangan

12.01.2007
Cuti Rehat

18.01.2007
Perbincangan ALMS

26.01.2007
Taklimat Penghayatan SPK

27.02.2007
Mesy. Kakitangan

12 - 13.03.2007
Cuti2 Malaysia - Genting
27 - 28.03.2007
Kursus Penyelenggaraan Perkakasan Komputer, Kampus Kota
31.03 - 01.04.2007
Karnival Sukan Air UM 2007
05.04.2007
Mesyuarat Kakitangan
20 - 22.04.2007
Kursus Pengawal Dokumen Kualiti, Hotel Renaissance, Melaka

24 - 25.04.2007
Kursus Kepimpinan & Penyeliaan, Hotel Singgahsana, PJ
08.05.2007
Taklimat Kursus Keutuhan Diri & Kerja Berpasukan
10.05.2007
Taklimat Kebakaran & Kecemasan
12 - 13.05.2007
Kursus Keutuhan Diri & Kerja Berpasukan, Selesa Resort, Bukit Tinggi Pahang
25.05.2007
Taklimat Penghayatan SPK, Audi. AEI
28.05.2007
Kutipan Dokumen Haluansiswa Pusat Asasi Sains
30.05.2007
Mesyuarat AJK Kualiti PTj
11.06.2007
Mesyuarat Kakitangan
13.06.2007
Taklimat Kepada Pembantu Mahasiswa
13.06.2007
Taklimat Kepada Pembantu Mahasiswa
20.06.2007
Taklimat Haluansiswa
25.06.2007
Majlis Pembukaan Audit Dalaman
25.06 - 02.07.2007
Audit Dalaman
01.07.2007
Stand-by Haluansiswa
02.07.2007
Kutipan Dokumen Haluansiswa UM 2007
02.07.2007
Majlis Penutupan Audit Dalaman
12.07.2007
Mesyuarat Kakitangan
28.07.2007
Makan Malam KKAUM
30.07.2007
Jemputan Majlis Hari Jadi
31.07.2007
Jemputan Majlis Perpisahan
16.08.2007
Mesyuarat Kakitangan
23.08.2007
Kursus Pengurusan Fail & Rekod
10.09.2007
Taklimat KPI Individu
13.09.2007
Mesyuarat KPI HEPA
21.09.2007
Mesy. Pengurus Kualiti Bersama Wakil Pengurusan
25.09.2007
Mesy. KPI Jabatan
24.10.2007
Mesyuarat Kakitangan
25.10.2005
Peperiksaan Tahap Kecekapan
3 - 4.11.2007
Seminar Pengumpulan Data Kajian Dadah IPTA
20.11.2007
Mesy. JK Kualiti KKP
21.11.2007
Taklimat & Amali Modul On-line Penilaian Prestasi
29.11.2007
Sesi Taklimat Perlaksanaan Prog. Kesedaran Asma

2006
10.04.2006 - Taking leave
11.04.2006 - Public Holiday (Maulidur Rasul)
28.04.2006 - Taklimat SPK
01.05.2006 - Public Holiday (Labour Day)
02.05.2006 -
04.05.2006 - Kursus Bahasa Inggeris, Port Dickson
09.05.2006 - Mesyuarat Kakitangan
10.05.2006 -
11.05.2006 - Kursus Bimbingan PTK, Kampus Kota
12.05.2006 - Public Holiday (Wesak Day)
13.05.2006 -
14.05.2006 - Bengkel Pembangunan Diri, Morib
19.05.2006 - Mesy. Wakil ICT
23.05.2006 - Event aper tah kat DTC
24.05.2006 - Medical Talk (Free Lunch)
26.05.2006 - event aper tah kat LAW
26.05.2006 - Taklimat SPK
05.06.2006 - Kutipan Dokumen PASUM
09.06.2006 -
11.06.2006 - Bengkel 'Key Performance Index, Cherating
12.06.2006 -
19.06.2006 - Audit Dalam UM
26.06.2006 - Taklimat kepada PM Haluansiswa 2006
27.06.2006 - Taklimat kepada PM Haluansiswa 2006
03.07.2006 - Kutipan Dokumen Haluansiswa
17.07.2006 - Mesy. Penambahbaikan Laman Web
28.07.2006 - Mesy. Wakil ICT
28.07.2006 -
30.07.2006 - Kem Ramah Mesra & Pembangunan Diri, Pengkalan Balak
01.08.2006 - Majlis Pembukaan Penjaminan Kualiti IPTA
03.08.2006 - Majlis Penutup Penjaminan Kualiti IPTA
25.08.2006 - Taklimat SPK
07.09.2006 - Jamuan Makan Tengahari
12.09.2006 - PTK Exam
14.09.2006 - Mesy. Kakitangan
22.09.2006 - Taklimat SPK
26.09.2006 -
27.09.2006 - Bengkel Penilaian Prestasi Tahunan
06.10.2006 - Mesy. Wakil ICT
16.10.2006 -
17.10.2006 - Kursus Penyelenggaraan & Keselamatan ICT
19.10.2006 - Mesy. Kakitangan
23.10.2006 - Kerajaan kasi cuti
26.10.2006 -
27.10.2006 - Cuti hari Raya Aidilfitri
08.11.2006 - Mesy. Laman Web
17.11.2006 - Mesy. Laman Web
17.11.2006 - Mesy. Pengurusan
21.10.2006 - Taklimat ALMS
27.10.2006 - Kursus MS Visio
01.12.2006 - Taklimat Penghayatan SPK
08.12.2006 - Taklimat Khas Persediaan Audit Sirim
15.12.2006 - Mesy. Wakil ICT
18.12.2006 -
19.12.2006 - Audit Pemantauan Sirim
21.12.2006 - Taklimat ALMS
25.12.2006 - Cuti Krismas
26.12.2006 -
30.12.2006 - Cuti
31.12.2006 - Hari Raya Aidiladha
01.01.2007 - Tahun Baru

Listen To This

Free Music

The Visitors



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Friday, August 22, 2008
THE END

This is the end. No more thecharmedone dot blogdrive dot com. But dont worry, you can find me and read my boring entries here;

http://imwritingformyself.blogspot.com

See u all there..

me... signing off


Posted at Friday, August 22, 2008 by thecharmedone
Make A Comment  

 
Sunday, November 11, 2007
BENGKEL DAN OPEN HOUSES

Assalamualaikum pembuka bicara. Hari ni dah 1 Zulkaedah. Syawal dah habis tapi masih ada lagi yang beraya. Haha...

Minggu lepas saya telah pergi berbengkel di Pan Pacific KLIA. Bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, untuk memasukkan data-data yang telah dikumpul semasa kajian penyalahgunaan dadah pelajar lama IPTA Malaysia. Memang wajib benda ni, setelah tahun lepas UM tidak menghantar sebarang wakil. Pada tarikh yang sama jugak, aku ade jemputan ke majlis-majlis rumah terbuka. Walau bagaimanapun, aku dan untuk menghadiri semua jemputan dan juga menghadiri bengkel yang telah dijadualkan.

3 November 2007
Pukul 12.30 tengahari aku dah keluar dari rumah, walaupun bengkel hanya akan bermula pada pukul 5.00 petang. Aku sebenarnya ada jemputan ke rumah terbuka lepas Zuhur di Taman Medan. So, aku singgah di pejabat dahulu memandangkan ada barang-barang yang perlu untuk aku bawa ke bengkel tersebut, seperti data-data kajian dan laptop. Pukul 2.15 petang aku keluar pejabat dan menuju ke tempat yang dijanjikan iaitu KL Gate. Ramai yang sampai ketika itu. Pukul 2.30 petang dengan kekuatan 4 buah kereta, kami menuju ke Taman Medan menggunakan Lebuhraya Pesekutuan untuk ke LDP, memandangkan semua ahli perjalanan hendak menggunakan laluan ini. Disebabkan, laluan ini laluan baru, maka kami telah sesat barat dalam keadaan hujan lebat dan kesesakan yang maha dahsyat. Bertambah malang lagi, tuan rumah pon tak tahu di mana kami berada. Diarahkannya untuk ke kanan, tapi maner ade simpang ke kanan, seboleh-boleh dia suruh kami belok kanan jugak.

Akhirnya kami masuk ke Kerinchi Link. Ikut laluan lama juga, 'Jalan Taik' gelaran diberi memandangkan ada bau-bauan yang sangat menusuk kalbu di jalan ini. Ikut Jalan Taik ni lagi mudah, sekali jalan sahaja kami telah sampai ke rumah yang dijanjikan. Dah ramai tetamu ketika itu, penuh satu rumah hingga melimpah ruah ke luar rumah. Di sini kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan, spageti tuna, nasi minyak, kuew teaw goreng dan macam-macam lagi.

Pukul 4.00 petang aku terpaksa meminta diri memandangkan teksi yang bakal membawa aku dan Mas ke KLIA dan tiba. Perjalanan macam biasa sahaja tetapi sedikit kesesakan sebelum kami memasuki KESAS Highway. Kami tiba di Pan Pacific KLIA pada pukul 5.15 petang. Selepas check-in bilik, kami terus ke bilik seminar di mana taklimat telah pun bermula. Kami masuk sahaja tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah walaupun dah lambat. Selepas sesi taklimat, terus sahaja kami memulakan aktiviti memasukkan data yang telah dikumpulkan. Kami bernasib baik kerana tanpa disangka, HEP telah menghantar seorang wakil untuk membantu kami. So, kami bertiga memasukkan data-data tersebut. Sesi petang ini tamat pada pukul 7.15 malam dan kami telah berjaya memasukkan lebih kurang 30 daripada 134 sampel yang kami ada. Kami terus ke dewan makan. Makanan yang disediakan biasa sahaja, takde yang istimewa. Lebih kurang pukul 7.45 malam, kami naik ke bilik masing-masing. Bilik dia ok sahaja, tetapi first thing yang catched my eye ialah dia punya TV, wow... TV plasma lagi tu!!

Pukul 8.30 malam, aku turun balik ke bilik semimar itu untuk sambung semula aktiviti kemasukan data kami sehingga ke pukul 11.00 malam. Selepas itu kami balik ke bilik masing-masing dan aku sambung balik kerja aku di bilik. Ade sikit lagi sampel yang tinggal dan aku nak habiskan malam ni gak supaya esok bole lepak.


Hasniah, Mas dan Aku di Lobby Pan Pacific KLIA

4 November 2007
Akhirnya, habis juga sampel aku, lebih kurang pukul 1.00 pagi. Aku call Mas sebab dia ade ajak aku pi makan tadi. So, dalam pukul 1.15 pagi kami turun ke lobby dan berjalan kaki ke KLIA, jalan-jalan cari makan. Di pagi-pagi buta macam ni kami telah pergi ke KFC untuk makan. Kami lepak-lepak di KFC itu sampai lebih kurang pukul 2.00 pagi dan kami pulang ke hotel menaiki kereta golf (dah lama teringin nak naik kete ni, baru hari ni tercapai).

Pukul 8.00 pagi aku turun balik ke bilik seminar. Lepas sarapan, kebanyakkan kami sambung balik tugas-tugas mereka yang masih belum habis. Kami bernasib baik kerana, semua sampel kami telah berjaya di masukkan. So, sepagi kami dalam bilik seminar ni hanya bermain games dan berbual kosong sahaja. Pukul 10.00 pagi ade tea dan selepas itu kami hantar data-data kami kepada pihak kementerian. Pukul 12.00 tengahari kami lunch dan pukul 12.30 tengahari kami check-out. Kami ambil limo di KLIA untuk menuju ke Terminal 3 Subang pasal kami nak ke jemputan rumah terbuka lagi.


Dalam bilik seminar Boeing 1, eksyen je tuh ...

Pukul 2.00 petang ahli rombongan sebanyak 4 buah kereta telah berkumpul di Terminal 3 Subang dan kami menuju ke jemputan-jemputan rumah terbuka di TUDM Subang, Subang Permai, Kota Damansara dan Kg Melayu Subang. Ados, kenyang giler aku, rasa macam nak meletup perut boroiku ini. Macam dan tak tertahan-tahan lagi rasanya. Rosak program diet aku!! Huhu...


Posted at Sunday, November 11, 2007 by thecharmedone
Make A Comment  

 
Friday, November 02, 2007
UNDANGAN KE RUMAH TERBUKA

Assalamualaikum pembuka bicara. Kita masih lagi di dalam bulan Syawal yang mulia. Masih ramai lagi yang berhari raya, masih banyak lagi undangan di sini dan sana. Rumah-rumah terbuka perlu dihadiri, kalau tak tuan rumah berkecil hati.

Pada hari ahad yang lepas bersamaan dengan 28 Oktober 2007 aku menerima banyak undangan ke rumah-rumah terbuka sahabat sepejabat. Tetapi tahun ni, sahabat-sahabat sepejabat telah berbincang sesama sendiri di mana, mereka-mereka yang tinggal sekawasan akan menganjurkan rumah terbuka pada hari yang sama. Makanya, masa perjalanan para tetamu dapat dikurangkan. Wah... begitu effektif sekali perancangan mereka ini. Dan pada hari ahad yang lepas, sahabat-sahabat yang tinggal di kawasan Cheras telah memulakan tradisi rumah terbuka ini.

Seperti perjanjian melayu yang telah dibuat, kami berkumpul di tempat yang dijanjikan pada pukul 11.45 pagi dan perjalanan dimulakan hanya pada pukul 12.30 tengahari memandangkan melayu-melayu ini memang tidak menghargai masa. Destinasi pertama adalah ke rumah Puan Latifah di Taman Cheras Utama. Tak susah mencari kediaman ini memandangkan hampir setiap tahun kami ke kediaman ini. Sesampai sahaja di sana, azan zuhur pun berkumandang dan kami pergilah menyahut seruan itu dahulu di masjid yang betul-betul berada di hadapan kediaman itu. Selesai bersolat, kami pun memulakan aktiviti santapan kami. Tuan rumah telah menyediakan mee bandung, bubur kacang hijau dan bubur nasi (ala-ala bubur mcD). Hidangan yang dikatakan tidak berat memandangkan rumah kedua yang akan menyediakan hidangan yang berat-berat.

Dalam pukul 2.30 petang, para tetamu meminta diri untuk ke undangan kedua pula di area Cheras juga tetapi kawasan perumahan yang berlainan. Tak ingat la pulak aper namer taman perumahan ini memandangkan jalanya pun berliku-liku. Kalau tahun depan pergi lagu, sure kesesatan. Dalam pukul 3.00 petang, kami tiba di destinasi yang dijanjikan, iaitu kediaman Puan Mazila, rumah baru lagi. Di sini, tuan rumah telah menghidangkan nasi lemak sambal udang beserta ayam goreng dan satay kajang Hj. Samuri. Wow.. kenyang giler makan, rasa macam nak terkeluar balik pon ada, nasib baik kat rumah orang.

Destinasi seterusnya adalah kediaman Puan Norazizah di Balakong. Kami keluar dari kediaman Puan Mazila dalam pukul 4.00 petang dan menuju ke Balakong dengan sekumpulan 10 buah kenderaan pelbagai jenis. Tuan rumah agak panik bila melihat sebanyak 10 buah kenderaan yang hadir, hahah... tetapi tuan rumah berjaya melayan tetamu-tetamu nya pada hari itu. Di rumah ini hanyak mee goreng disediakan, tapi aku tak makan pun memandangkan perut telah kekenyangan.

Tanpa diduga, kami telah dijemput ke sebuah rumah lagi di kejiranan yang sama iaitu rumah abang kepada Puan Latifah (yg rumah pertama tadi). Adus... tak larat rasanya nak pergi lagi memandangkan aku telah ada perjanjian lain dengan seorangs sahabat. Tetapi Puan Latifah begitu beriya-iya mengajak semua yang ada untuk ke rumah abangnya. Akhirnya, kami pergi juga memandangkan rumah abang beliau juga menganjurkan rumah terbuka. Walaupun telah kekenyangan, aku masih mampu melantak semangkok mee rebus. Teringin jugak nak pekena nasi beringin, tapi, keadaan perut tidak mengizinkan. Kami meninggalkan rumah tersebut lebih kurang pukul 6.30 petang.

Aku masih ada sebuah rumah lagi yang perlu dikunjungi tatkala sahabat-sahabat yang lain telah hilang dengan haluan masing-masing. Rumah terakhir adalah rumah Kak Juku, seorang kawan aku di Alam Damai. Tengahari tadi aku dah SMS Kak Juku mengatakan aku telah berada di Cheras walaupun aku masih berada di Selayang, dan pukul 7.00 tatkala azan maghrib sedang dilaungkan, aku sampai di kediaman beliau yang tersergam indah itu. Tak susah nak cari rumah dia, walaupon ni le first time aku sampai ke rumah beliau. Aku masuk ke rumahnya dengan malu-malu memandangkan pakcik beliau juga datang pada masa yang sama.. hahah.. Kak Juku hanya menyediakan mee goreng (sib baek - klu tak mau meletop perot aku), dan kami makan ala kadar sahaja untuk menjaga hati tuan rumah. Kalau tengah lapar masa tu, mau habis mee goreng dia.. pasai sedap... haha.. Aku meminta diri dalam pukul 7.30 malam memandangkan driver aku dah flat...

Wow.. banyak betul makan hari tu.. sampai tak sedari diri. Rosak program diet aku, tapi, kalau tak pergi, rugi plak....

Minggu ni pon ade jemputan lagi. hari sabtu ke Taman Medan dan hari ahad ke rumah-rumah sahabat di area Subang. Mau meletop lagi perot aku....


Posted at Friday, November 02, 2007 by thecharmedone
Make A Comment  

 
Wednesday, October 24, 2007
PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)

Assalamualaikum pembuka bicara. Kita masih lagi di dalam bulan syawal yang mulia. Masih ramai lagi di luar sana yang beraya sampai tak sedar diri. Tradisi rakyat Malaysia, raya kan sebulan, walaupun puasa tak cukup sebulan.

Esok aku akan menduduki peperiksaan PTK. Sebut jer PTK, seantero warga perkhidmatan awam akan tau. Dari setinggi-tinggi gred 54 dan JUSA A, B dan C dan serendah-rendah Gred 1 akan tau. Tak payah le cerita dengan lebih detail pada mereka. Kepada mereka yang tak tau, senang kata, PTK ni adalah sejenis peperiksaan yang akan melabelkan kita a.k.a warga perkhidmatan awam samada layak untuk dinaikkan pangkat atau menerima anjakan gaji atau kedua-duanya sekali. Tu bahagian yg bestlah. Bahagian yang tak berapa best, kene duduk exam. Dah tua-tua pon lagi mau kene duduk exam ala-ala macam nak amik SPM gitu. Kene duduk 2 paper lagi, satu paper UMUM dan satu lagi paper KHUSUS. Gred plak terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian 1 - consider fail lah ni, klu SPM zaman aku dulu dapat F9, zaman sekarang tak tau lah. Pastu, Bahagian 2 - ni boleh cakap macam cukup-cukup makan jer, paras-paras idung. Then, Bahagian 3 - ni consider lulus, boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat tetapi tidah layak untuk anjakan gaji (klu tak silap). Then Bahagian 4 - lulus dengan cemerlang lah ni, boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat atau menerima anjakan gaji atau kedua-duanya sekali. Ops... stop cite pasal PTK...

Esok aku akan duduk untuk PTK Khusus untuk jawatan Gred N27. Paper UMUM aku dah amik dah tahun lepas dengan jayanya dan memperolehi Bahagian 4 (diingatkan sekali lagi, Bahagian 4 - lulus dengan cemerlang), tetapi untuk paper KHUSUS, aku dapat Bahagian 3 jer.. tak layak untuk dipertimbangkan anjakan gaji.. itu actually yang ku mahu. So.. esok nak cube nasib sekali lagi untuk paper KHUSUS ni. Harap-harap dapat Bahagian 4. Hahaha...

Sebenarnya.. aku tak prepare aper pon untuk exam ni walaupun dah dapat surat layak menduduki peperiksaan ni kira-kira 2-3 bulan lepas. Lagi best, aku tak ingat pun exam ni esok, baru hari ahad lepas teringat dan baru hari ni perasan yang esok 25 Oktober. Haha.. pegi bawak badan je ler. camner nak dapat Bahagian 4 kalau camni?

Aper-aper pon, WISH ME LUCK


Posted at Wednesday, October 24, 2007 by thecharmedone
Comment (1)  

 
Tuesday, October 16, 2007
AIDILFITRI 2007

Assalamualaikum pembuka bicara. Sekali lagi entry dimulai dengan salam sempena bulan Syawal yang mulia ini. Hari ini dah masuk kari keempat kita di bulan Syawal. Masih ada lagi mereka diluar sana yang masih sakan berhari raya. Al maklumlah, raya di Malaysia ni sebulan. Kalau kat tempat-tempat lain, sehari saja. Kali ni nak bercerita tentang hari raya tahun ini.

Pagi raya pergi ke surau berhampiran untuk solat sunat aidilfitri dengan mengenakan baju melayu baru berwarna kuning air, dibeli di wisma yakin dengan harga RM90 selepas diskaun. Dah lama tak pakai baju melayu baru, asik recycle baju2 melayu yang dulu2 jer. Surau penuh dengan umat yang ingin bersolat, sampai melimpah ruah ke jalan raya berhampiran. Wow... masih ramai gak orang2 kampung ni. Tak tau ler pukul berapa solat bermula pasal aku lupa nak pakai jam dan aku solat diluar sahaja. Dalam pukul 10 pagi aku dah pun sampai di rumah semula. Kemudian kami sekeluarga bersarapan bersama.

Yang datang beraya hanya budak2 jer. Ntah anak saper ntah aku pon tak kenal. Dah name pon hari raya, diaorang nak kumpul duit raya je. Haha... Dalam kol 12, member aku datang dan dalam kol 2 ade lagi sorang datang. Then kami bertiga pergi ke rumah baru member yang sorang ni di Selayang Mulia. Kat sini kami makan laksa, memang tiap2 tahun member ni akan buat laksa untuk hari raya. Pastu kami bertiga decided untuk jalan2 kat KL dan tempat yang kami tuju, Sungei Wang Plaza. Takde wat aper pon , just masuk CC dan main games, then sebelum balik, kami makan dulu.

Macam tu le beraya di KL. Orang kunjung mengunjungi rumah saudara mara sahabat handai jiran tetangga, ni tak, saling kunjung mengunjungi shopping complex. Haha..


Posted at Tuesday, October 16, 2007 by thecharmedone
Comments (4)  

 
Friday, October 12, 2007
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2007

Assalamualaikum pembuka bicara

Esok dah nak hari raya. Tak terasa sebulan berpuasa. Alhamdulillah.. takde yang terkantoi. Bak kata seorang teman, takde sebab nak mengantoikan puasa aku tu.

Di hari yang mulia ini, saya nak ambik kesempatan untuk mengucapkan ucapan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin' kepada sesiapa sahaja yang mengenal dan yang tidak mengenali diri ini, jauh dan mahupun dekat. Semoga kita semua diberkati Allah sehingga ke Ramadhan akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


Posted at Friday, October 12, 2007 by thecharmedone
Make A Comment  

 
Monday, October 01, 2007
RAMADHAN 2

Assalamualaikum pembuka bicara.

Hari ini telah masuk hari ke sembilan belas kita berpuasa. Tinggal beberapa hari lagi nak raya. Sukalah kanak-kanak di luar sana, tak kurang juga mak-mak dan bapak-bapak budak, mengambil kesempatan nak bergembira juga. Time-time macam ni ramai orang yang sedang menghitung hari menunggu hari raya. Topik perbualan hangat buat masa sekarang adalah pasal kuih raya, berapa jenis dah buat, banyak ke dah beli, dan sebagainya. Pertukaran resepi hidangan telah menggantikan pertukaran juadah berbuka puasa. Ramai juga dah membuat perancangan untuk pulang ke kampung berhari raya, ada juga yang bersedih kerana terpaksa berhari raya di rumah mentua. Tidak kurang hebatnya mereka-mereka yang tak dapat tiket balik beraya dan ada juga yang cuti tak diluluskan untuk berhari raya. Hoh... tak sedar aku dah merepek rupenye...

Sepanjang sembilan belas hari ni, aku telah;

1. Dua kali berbuka puasa di luar. Sebenarnya empat kali, tapi dua kali tu aku termalas plak nak pi.
2. Dah dapat tiga kad raya
3. Tak pernah ketinggalan tak pergi solat tarawikh
4. Dah order banyak kuih raya, kerepek dan sebagainya
5. Belum beli baju raya
6. Belum apply cuti raya

Sekian, harap maklum


Posted at Monday, October 01, 2007 by thecharmedone
Make A Comment  

 
Monday, September 24, 2007
AKU DAH KENA TAG

Assalamualaikum pembuka bicara di petang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Saya dah kene 'tag'. Aper itu sebenarnya tag? Saya pun tak tau. Ni semua gara-gara kemajuan teknologi maklumat sekarang ini. Ni adalah salah satu cara orang di luar sana nak mengorek rahsia peribodi kite, maka diciptanya tag-tag ni. Walau bagaimanapun, ini adalah kali pertama orang mengetag saya. Malah, untuk kali yang petama ini, 2 orang sahabat telah mengetag saya. Terima kasih kepada En. Azrie dan layd_lurv kerana mengetag saya.

Walaubagaimanapun, untuk kali ini saya akan buat tag yang ditagkan oleh cik layd_lurv. En. Azrie nyer nanti yer, pasal ko nyer complicated sikit.

5 Things In My Beg
    1. Baju hujan (penting pasal pi keje naik moto)
    2. External hard disk dan thumb drive
    3. Pen dan pensel
    4. Ubat - ubat selsema, ubat sakit tekak, panadol, pain killers
    5. Sampah sarap

5 Things That Are In My Wallet
    1. Money off course
    2. I.C
    3. Driving license
    4. Cards - ATM card, credit card, bonus link
    5. Old calender (2005)

5 Favorite Things In My Bedroom
    1. My bed + everything on it (tiru layd_lurv)
    2. My computer
    3. My almari with all the things inside it
    4. My make-up (hahahah...)
    5. My air-con

5 Things I Wish To Do
    1. Travelling around the world
    2. Scuba diving
    3. Mountain climbing
    4. Bungee jumping
    5. Sky diving (wow)

5 Things I Am Doing Right Now
    1. Doing this tag
    2. Main kuiz kat mIRC
    3. Listening to Micheal Buble - Everything
    4. SMSing with Ida
    5. Garu kepala

5 People I would Like To Tag
(haha... ade 5 orang jer dlm list aku, tulis ke lah name diaorg)
    1. shumagorath
    2. qasieh
    3. elisataufik
    4. en azrie
    5. iXa

Sekian, terima kasih


Posted at Monday, September 24, 2007 by thecharmedone
Comments (3)  

 
Sunday, September 23, 2007
KEPADA PENGUNJUNG YANG INGIN MENINGGALKAN KOMEN

Assalamualaikum semua..

Terima kasih saya nak ucapkan kepada Kakak Mu a.k.a kakak aku ler kerana memberitahu bahawa comment tidak boleh diletakkan di setaip entry saya. Saya tak tahu aper sebabnya, dan tak perasan pulak bile benda ni terjadi. Patut ler dah lama benar takde orang komen entry aku, kecewa aku menanti setiap komen itu. hahah...

Sekarang, saya nak beritahu apa yang kalian boleh buat untuk memberi komen kepada entry saya yang ntah apa-apa ntah ini. Saya dah cuba, dan ianya berkesan, tapi tak tau la kan. Apa salahnya kalau mencuba.

1) Anda meninggalkan komen menggunakan Permalink. Klik jer permalink yang ada disebelah comment itu.

atau

2) Anda boleh terus menggunakan Comment tetapi selepas itu anda kene check balik dengan mengklik permalink

Sekian sahaja pembaeritahuan saya. Harap anda komen le aper yang anda suka. Saya suka akan komen-komen anda itu....


Posted at Sunday, September 23, 2007 by thecharmedone
Comments (3)  

 
Saturday, September 22, 2007
RAMADHAN

Assalamualaikum warahmatullah.

Ada baiknya kalau entry2 yang dibuat dalam bulan puasa ni dimulakan dengan salam, tak seperti entry2 ku yang terdahulu. Hari ni dah masuk hari ke berapa yer kite berpuasa? Hilang perkiraan plak saya. Rasanya cepat benor mase bejalan dalam bulan puasa ni. Dan Alhamdulillah, puasa saya masih terpelihara, belom terkantoi mahupun sengaja dikantoikan. Takde sebab nak mengantoikan diri, satu keje pulak nak menggantikannya nanti. Rasanya, puasa di bulan ramadhan adalah lebih senang dari puasa di bulan bukan ramadhan, banyak dugaannye.

Untuk Syawal tahun ni, saya takde rancang aper-aper yang menarik. Baju raya pun takde lagi. Dah bertahun tak buat baju melayu baru. Last buat rasanya ada le dalam 4-5 tahun lepas, itu pon kain baju melayu tu pemberian kakak. Kalau tak bagi, takde le rasanya baku melayu baru. Baju-baju melayu yang lain rasanya sudah melebihi 10 tahun umurnya. Dibuat untuk menghadiri Makan Malam Pra Graduan dan untuk konvokesyen pada tahun 1997/1998. Walaupon sudah melebihi 10 tahun usia mereka, tapi masih muat untuk saya pakai. Wah... menten...

Rasanya tahun ni nak pi beli jer kat Jalan TAR dekat-dekat nak raya nanti. Nak beli tiga pasang since nak beli sekali untuk majlis perkahwinan adik hujung tahun ni. Dah rancangannya juga nak beli samping songket yang murah-murah satu. Kat rumah dah ada satu, nak beli lagi satu jer. Songkok kene beli jugak, since songkok yang dibeli lebih 10 tahun dulu dah tak muat. Kepala dah membesar agaknya.

Untuk Syawal tahun ni jugak, saya telah mengorder kuih-muih hari raya. Tapi tak banyak since mak tak kasi beli banyak-banyak, membazir katanya. Walau bagaimanapun, saya telah mengorder kuih-kuih kegemaran saya jer. CornFlake Coklat, london almond, samprit dan dua jenis kuih yang ntah per ke name nye. Saya juga telah mengorder kek sebanyak 3 jenis. Rasanya nanti nak order tempeyek pulak, kalau ada. dah dikira-kira, habis jugak RM100++. Takpelah... itu untuk makan jugak, bukan untuk buang-buang...

ops... dah masa untuk berbuka.. permisi dulu..


Posted at Saturday, September 22, 2007 by thecharmedone
Comment (1)  

Next Page